Emergency & Accident
(24 hours service)

In event of emergency:- dial 999 and then ask for ambulance.

Hospital telephone :- dial 606-7623333 ext. 4503
or request for ambulance service
or dial direct to:
606-7604503

Hospital Seremban menyediakan perkhidmatan rawatan serta merta terhadap kes-kes kecemasan yang dibawa ke Jabatan Kecemasan. Ia dibuka 24 jam setiap hari.

Setiap kes yang datang, seorang pembantu perubatan akan menentukan samada kes itu tenat atau biasa. Kes-kes yang tenat akan diberi rawatan serta merta manakala separa tenat akan mengikut giliran. Kes-kes biasa (bukan dalam kategori kecemasan) akan dihantar ke klinik pesakit luar.

SIAPAKAH YANG DIKATEGORIKAN DALAM KES-KES KECEMASAN?

Antara kes-kes kecemasan yang akan diberi keutamaan adalah:

Pesakit yang mengalami kesakitan di bahagian dada atau dirasai mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.

Pesakit yang mengalami serangan atau kesukaran bernafas.

Pesakit yang dalam keadaan kekejangan.

Mangsa kebakaran.

Sawan (tarik) dari pelbagai sebab.

Terminum racun, sakit perut yang disyaki termakan makanan beracun.

Pesakit yang mendapat kecederaan organ-organ yang penting, patah tulang dan pendarahan yang banyak.

Pesakit yang tahap kesedarannya semakin menurun atau tidak sedarkan diri.

Pesakit yang kelihatan letih dan lemah.

Wanita mengandung yang kandungannya kurang 28 minggu yang mengalami sakit di bahagian abdomen atau mengalami pendarahan.

Pesakit yang baru mendapat lumpuh.

Mengalami kesakitan yang teramat sangat.

Pesakit yang tidak dapat dikawal dan mengganggu ketenteraman awam.

Bayi dan kanak-kanak.

BERIKAN LALUAN KEPADA PESAKIT-PESAKIT YANG BETUL-BETUL DALAM KECEMASAN SUPAYA NYAWA MEREKA DAPAT DISELAMATKAN.

Untuk pesakit yang tidak dalam kecemasan, pihak Hospital Seremban menyediakan perkhidmatan pesakit luar yang juga cekap dan berkesan.