PERTUBUHAN HOSPIS SEREMBAN

Memberi bantuan dan keselesaan kepada pesakit dan keluarga bila diperlukan.

torch.jpg (4877 bytes)

LOGO

LILIN

Api lilin: memberi kehangatan dan cahaya.

Piring: penjagaan yang menyeluruh:

Tangan: memberi keselesaan kepada pesakit

(Lilin yang terbakar semakin lama semakin kecil dan kecil dan kecil dan…..)

Apakah Hospis?

Hospis ialah penjagaan keatas pesakit berdasarkan konsep bahawa beliau adalah seorang yang mempunyai harapan, perasaan takut dan keperluan, masih mampau memberi dan berkongsi kasih sayang, juga berhak untuk menemui ajalnya secara penuh kemuliaan.

Objektif Utama:

1.    Membantu mengurangkan kesakitan dan tekanan sampingan.

2.    Memberi khidmat nasihat kepada pesakit dan keluarga atau penjaga.

PROGRAM HOSPIS DIRUMAH:

1.    Membantu mengawal kesakitan dan lain-lain tekanan sampingan.

2.    Menyediakan penjagaan gantian sementera untuk penjaga dan keluarga.

3.    Pesakit dan keluarganya akan diberi sokangan dari segi emosi, praktikal
       dan  kerohanian sekiranya diperlukan.

4.    Memberi doroangan dan semangat kepada keluarga yang kesedihan selepas
       kehilangan orang yang tersayang.

ANNGOTA HOSPIS:

1.    Jururawat penyelaras
2.    Doktor
3.    Jururawat
4.    Sukarelawan..

Senmuanya adalah ahli yang terlatih – memahami falsafah HOSPIS, juga mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mendengar.

SIAPAKAH YANG LAYAK?

1.    Semua pesakit kanser yang telah diberitahu oleh doktor peluang untuk sembih
       adalah tipis dan sebarang rawatan adalah hanya untuk mengurangkan gejala-gejala
       sahaja.

2.    Mestilah dirujuk oleh doktor atau mana-mana perkhidmatan Hospis dari lain-lain
       tempat.

3.    Mestilah ada keluarga/penjaga dirumah.

4.    Tempat tinggal lebih kurang 10 km dari Hospital Seremban.

BAYARAN

Perkhidmatan ini adalah PERCUMA. Walaubagaimanapun keluarga pesakit perlulah membeli perubatan sendiri.

MAKLUMAT PENTING:

1.    Pesakit adalah dinasihatkan agar meneruskan temujanji dengan doktornya
       (samada di hospital atau di klinik persendirian).

2.    Kakitangan serta sukarelawan HOSPIS akan menghormati adat resam, budaya,
       serta kepercayaan agama pesakit, tidak akan mencampuri urusan keluarganya
       dan sentiasa menyimpan rahsia.

3.    Pesakit atau ahli keluarga boleh meminta agar khidmat dihentikan pada bila-bila
        masa.

KEWANGAN:

Kami mengharapkan sumbanganikhlas dari orang ramai untuk membaiki kualiti perkhidmatan kami.

Sumbangan anda boleh dihantar kepada:

Pengerusi,
Pertubuhan Hospis Seremban,
D/A Pejabat Penyelia Jururawat,
Hospital Seremban,
70300 SEREMBAN.

feathercandle.gif (14153 bytes)